Monday, May 19, 2008

75 per minute



Assalamualaikum...

Aku sempat tidur sebentar lebih kurang sejam, kemudian aku marathon buat laporan aku yang tertangguh x sudah2. Laporan tiada ketetapan untuk menulis dalam english atau melayu, tapi aku nekad tulis dalam english pada awalnya. Tapi selepas setengah perjalanan, aku akur. Aku letih. So, bermula pukul 2 pagi td, aku menaip semula. Dan target aku berjaya. 3 jam aku buat untuk setelkan chapter 1 dan 2 iaitu bahagian pengenalan dan literature review. Naik kebas tangan aku nih. Nasib baik aku dikurniakan bakat menaip dengan selaju 75 patah perkataan seminit (ini bukan omong kosong.. haha).

Sambil2 menunggu azan subuh, dengan kepala yang dah mereng terpusing2 ini, aku buatlah kerja2 merapu aku.. edit2 gamba (gambar aju atas tu), dan juga tidak ketinggalan bermesra cium ciuman dengan blog aku ini. Ya, aku sedar. Aku bukan blogger tegar seperti tahun tahun dahulu. Pengalaman mendewasakan aku. Aku rasa tiada apa yang blog boleh beri pada aku, kecuali ketenangan dan kawan2. Kawan2 blog aku mmg cukup ramai. Ada yang rapat dan terus rapat, dan ada yang bagaikan angin berlalu sepi. Sepi ini boleh dikaitkan dengan diam. Aku ni pendiam, tapi aku x ske orang kata aku sepi (walhal aku memang sepi giler sekarang ini).

Jiran setaman aku yg cun giler babeng ni pun baru menjadi sepi kerana meninggalkan balak dia, kemudian duk sebok mengadu-ngadu padaku(sendiri tinggal, sendiri ngadu sepi.. bangang kan? haha). Aku katakan padanya, bahawa aku sudah sepi lebih lama dari dia. Konon-konon ayat nak jerk untuk masuk line, kemudian dia terdekah-dekah. Ya. aku tau aku x hensem, berbadan rendang dan berperut bulat menawan, tapi janganlah dekah-dekah cam orang giler. Baik2 nampak cantik, tros jd cam sarkis. (sebenarnya dekah2 dia kat dlm ym je. hahaha). Ku renung2 kembali, kemudian lamunan ku terhenti seketika kerana ku mengerti dia itu dua pupu ku. Ya, tidak salah tapi ianya rasa geli gelaman. Pendiam dan pendiam tidak boleh dikombinasikan dengan baik, kerana hasilnya akan menjadikan satu institusi keluarga itu menjadi pasif, mungkin juga kebarangkalian untuk mendapat anak bisu tinggi *nauzubillah*.

Ahaa.. Korang pnah gi Rengit? Haaa.. Aku nak perkenalkan sket untuk orang yang rasa diri x berapa nak kaya dan boleh pakai barang2 orang. Sebab aku tau, ramai sangat orang berlagak kaya ni kerjanya nak jaga stendet, dok pakai barang ebat2, tp padahal duitnya bukan duit dia pun. HAHAHA!! Rengit ni banyak orang Kuala. Pekannye nampak sangat kekampungan, tapi rengit laa syurga barang-barang 2nd hand. Kebanyakan barang datang dari Singapore. Kalau rajin mencari, leh dapat barang2 yang hot2 yang takde dijual di Malaysia. Kebetulan ke sana untuk pergi jemputan kahwin, aku dan famili singgah sana sebentar. Dan aku membeli sebijik bola bowling berharga 40hinggit. HAHAHA!!! Boleh laa.. Cantik lagi.. Daripada dok membeli sebijik bola baru branded harga 3,4 ratus... Esok nak pi tebuk, bikin lubang baru utk jari. Nak try baling, kut2 lpas baling kena pin tros pecah berkecai susah plak nanti. HAHAHA!!

Oh. Aku saje je biarkan jari jemari ku yang berkelajuan 75 patah perkataan seminit ini terus menaip tanpa otak aku memproses selari dengan kelajuan jariku. Tengok!! See... Betapa lajunya jari aku menaip, sehinggakan otak aku sendiri tidak dapat memproses seiringan. Baru2 ini, rakan ku memberitahu minum milo boleh melembabkan otak, katanye dia mendengar dari pakar motivasi sekolah dia dulu. Aku jadi tergamam. Sebab semasa kecilku, "minum milo dengan susu pekat dalam botol" menjadi ideologi aku setiap hari. Aku terbayang, setiap titik air ku telan itu menjadikan aku bodoh. Patut lah aku ni pelupa... Milo memang menjadikan badan kita sihat dan kuat, tapi mungkin tidak pada kecerdikan otak kut. Owh. Tolong jangan saman aku, ini hanya pandangan peribadi sahaja. Tapi yang penting, aku da takut minum milo sekarang ini.

Oh ya!!! Azan subuh dah berkumandang. Sekian sahaja Kuliah Subuh kita pada hari ini. Saya sudahi dengan wassalam...

p/s : entry ini dibuat dlm berapa minit? 2 minit je.. WAKAKKAKAA!!!

[+/-] Read More...

Friday, May 16, 2008

BENGAP GILER!!

Aku balik ke rumah, dengan harapan ingin menggunakan bantuan internet sedikit bagi menyiapkan research aku. Aku target, Jumaat (hari ini) aku dapat bentangkan sedikit progress kerja yang aku buat depan lecturer.

Ku bangun pukul 3 pagi.. ku mandi2 beri kesegaran pada badan.. ku buat air oren.. ku pasang laptop.. tapi akhirnya ku sedar, 1 file aku yang mengandungi bahan rujukan, jurnals dan beberapa note untuk aku buat tertinggal di rumah sewa.

SANGAT JAHANAM!!

Perasaan aku tak tentu arah nih. Aku bengang giler.. Awat laa jadi kalut lagu ni. Arghhh!!! Ni semua salah.....errr.. Arhhh!! Salah aku!!

BENGAP!!

dan bye!!!

[+/-] Read More...

Monday, May 12, 2008

Juara Liga


Konsistensi pembawa kejayaan

[+/-] Read More...

Saturday, May 10, 2008

24



6 may tempohari genap umurku 24tahun. angka ini ku rasakan amat-amat laa menakutkan. ku tidak punya apa2 dengan umur ini. giler tul!! kebelakangan ini ku sering sakit2. sudah 2 minggu ku sakit-sembuh-sakit-sembuh. kawan ku kata ku demam urat, adik ku kata ku kena theroid (dah cam nama dadah je)... alhamdulillah, setelah dicheck, ku negatif denggi.

aku banyak nak bebel, dan banyak aku tangguhkan bebelan ku di blog ini. sekarang aku dah hilang idea smua. kah kah kah!

so bye!!

p/s : thanx kepada sesiapa yg wish tempoh hari.

[+/-] Read More...

Sunday, May 04, 2008

taq




7 RANDOM FACTS ABOUT ME:
1) anak sulung
2) pemalas
3) seorang pemikir
4) ske minum air teh o nipis kurang manis
5) peminat Man Utd
6) pencinta wanita
7) giler friendster. hahaa

7 THINGS THAT SCARE ME:
1) tiada family disisi...
2) tiada yang menyokong..
3) clash
4) dosa2 ku..
5) hp ku rosak
6) kelaparan sampai gigil2. wakakka
7) duit takde.

7 RANDOM MUSIC AT THE MOMENT:
1) Chantek - altimet
2) Sebelum cahaya - letto
3) I dont love u like i did yesterday - MCR
4) Patah sayap malam - masa
5) Mahakarya cinta - Pejal Tahir
6) Love like this - natasha bedingfield
7) Matahariku - Agnes

7 THINGS I SAY THE MOST:
1) Memang bengangg
2) uii
3) miss u
4) Assalamualaikum
5) haip
6) w'salam
7) wakakakkaa

7 THINGS I TREASURE THE MOST:
1) family
2) dia.. insya'allah
3) me, myself and i. haha
4) friends
5) henpon
6) camera
7) laptop

7 “FIRST TIME” THINGS I EVER DID:
1) dpt lesen mandu... lesen tungang moto
2) pergi utara 6jam.
3) ciom tgn ustaz hassan din.
4) stadi last minit, semalaman..
5) in love lepas spm..
6) membazir masa dan wangringgit kepada perempuat jahat. hahaha
7) aku diprank kawan2 minum air campuran sos + sisa2 makanan...

p/s : harini bermula sem 3. kena wat kajian kes. huwarh!

[+/-] Read More...